Friday, April 11, 2014

Muqaddimah

السلام عليكم ورحمة الله

   Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, kami diberikan kesempatan untuk menulis dan menyampaikan dakwah melalui laman sesawang kami ini. Sesungguhnya dakwah itu merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim seperti mana yang dikatakan oleh nabi kita iaitu "Sampaikanlah olehmu sekalian daripaku walaupun satu ayat". 

   Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami iaitu seramai tiga orang. Antara ahli kumpulan kami ialah Siti Khadijah binti Maiyurid, Salma Sakinah binti Abdul Hadi dan Nurul Azyan Syafiqah binti Toharudin. 

   Antara tujuan utama laman sesawang ini ditubuhkan adalah kerana atas permintaan ustaz kami iaitu Ust. Muzakkir bin Mohammad Noor yang ingin melatih kami supaya dapat membiasakan diri dalam bidang penulisan agar tidak kekok ketika memasuki universiti apabila tamat persekolahan nanti. Di samping itu, dakwah juga dapat disampaikan secara moden dan dari sudut perspektif yang berbeza daripada zaman Rasulullah sehinggalah zaman tabii tabiin. 

   Pengulas kata, harap pembaca blog ini sudi menilai hasil karya penulisan yang dikarang oleh kami dan sebarang kekhilafan boleh ditegur dan dihantar secara private di email.

Sekian, Wassalam.