Friday, May 23, 2014

TAMADUN ISLAM : Saidina Uthman Bin Affan R.A Korporat Yang Dermawan.

KISAH SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Uthman Bin Affan (Arab : عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W

BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Nama Penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu Al-'As Bin    
                               Umaiyah.

Keturunan : Bani Umaiyah.

Tarikh Lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas 
                              
                             " Tahun Gajah".

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah.

Jawatan : Menjadi Khalifah ke-3  daripada 
                     
                     Khulafa' Al-Rasyidin pada 644 Masihi
                     
                     Bersamaan 23 Hijrah.

Tempoh Pemerintahan : 12 Tahun.

Tarikh Kewafatan : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.

Gelaran : " Zu Nurain" ( Yang mempunyai dua 
                    cahaya kerana telah memperisterikan
                    dua puteri Rasulullah S.A.W )


KISAH KEISLAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

- Uthman adalah antara golongan yang mula-mula
  memeluk islam.

- Sejak kecil beliau telah berbudi pekerti mulia dan
  luhur ,oleh itu beliau mudah menerima islam.

- Seorang yang tegas yang hanya akan menerima
  kebenaran dan menolak kebatilan.

- Beliau menerima islam melalui dakwah yang 
  telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar
  As Siddiq R.A

SIFAT PERIBADI SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

- Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan
  meninggalkan segala kemewahan, kesenangan
  dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah
  dan Rasul.

- Beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti 
 Qiyamul Lail,puasa sunat dan membaca Al-Quran.

- Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik 
  ketika bercakap walaupun dengan musuh.

- Memiliki sifat malu dan lemah-lembut serta 
  bercakap dengan sopan.

- Memiliki sifat Khauf (takut) kepada Allah S.W.T

SIFAT DERMAWAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

- Membeli telaga "Raumah" dengan harga 35 000
  Dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan
  orang ramai.

- Membeli sebidang tanah bagi membesarkan 
  Masjid Nabawi.

- Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap
  minggu.

- Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10 000
  dinar untuk pembiayaan Tentera Islam dalam
  Peperangan Tabuk.

SEMANGAT JIHAD SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

- Keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T

- Sayangkan islam.

- Minat yang tinggi untuk berdakwah.

- Memiliki kekayaan.

- Semangat Daya Saing.

Sayangkan Negara Islam.

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Politik

1. Menubuhkan angkatan Tentera Laut.

2. Menjadi utusan Rasulullah S.A.W dalam 
    Perjanjian Hudaibiyah.

Eknomi

1. Menyumbangkan harta yang banyak dijalan
    Allah S.W.T

2. Berjaya membentuk masyarakat yang mantap 
     ekonominya.

Sosial

1. Memperkenalkan sistem protokol.

2. Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat 
    beliau yang lemah-lembut.

- Sumbangan Saidina Uthman yang terkenal 
  sehingga kini ialah mengumpulkan dan
  membukukan Al-Quran.

- Al-Quran yang dikumpulkan dizaman Saidina 
  Uthman dinamakan Mashaf Uthmani.

DAKWAH DAN PENYEBARAN ISLAM

- Tubuhnya sebuah Suruhanjaya.

- Terlantiknya Zaid Bin Tsabit sebagai Pengerusi
  Suruhanjaya dengan dibantu oleh Abdul Rahman
  Bin Harith dan Abdullah Bin Zubair.

KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

- Enam tahun pertama pemerintahan Saidina
  Uthman dianggap aman manakala enam tahun 
  terakhir pula dianggap huru-hara.

- Fitnah berlaku kerana ekoran tohmahan yang
  dibuat oleh Puak Yahudi dan Golongan Munafik.

- Puak Munafik diketuai oleh Abdullah Bin Sabak.

- Saidina Uthman dituduh tidak adil dan tidak telus
  dalam pemerintahannya.

- Uthman menghantar Pegawai penyiasat ke
  Kufah, Mesir, Basrah dan Syam.

- Beliau membuka pintu perbincangan dengan
  rakyatnya serta memanggil gabenor untuk disoal
  siasat.

                                       TAMADUN

       Uthman seorang tokoh korporat yang berjaya kerana usahanya yang bersungguh-sungguh dan keberkatan yang ada pada hartanya.Sebagai contoh, Uthman terkenal dengan Sifat Dermawan yang tinggi dan bersifat zuhud, iaitu mencintai kehidupan akhirat lebih daripada mencintai kehidupan dunia.Dengan ini, Kita semua haruslah mencontohi sifat peribadi dan semangat jihad yang ada pada diri Saidina Uthman Bin Affan.

Friday, April 11, 2014

Muqaddimah

السلام عليكم ورحمة الله

   Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, kami diberikan kesempatan untuk menulis dan menyampaikan dakwah melalui laman sesawang kami ini. Sesungguhnya dakwah itu merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim seperti mana yang dikatakan oleh nabi kita iaitu "Sampaikanlah olehmu sekalian daripaku walaupun satu ayat". 

   Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami iaitu seramai tiga orang. Antara ahli kumpulan kami ialah Siti Khadijah binti Maiyurid, Salma Sakinah binti Abdul Hadi dan Nurul Azyan Syafiqah binti Toharudin. 

   Antara tujuan utama laman sesawang ini ditubuhkan adalah kerana atas permintaan ustaz kami iaitu Ust. Muzakkir bin Mohammad Noor yang ingin melatih kami supaya dapat membiasakan diri dalam bidang penulisan agar tidak kekok ketika memasuki universiti apabila tamat persekolahan nanti. Di samping itu, dakwah juga dapat disampaikan secara moden dan dari sudut perspektif yang berbeza daripada zaman Rasulullah sehinggalah zaman tabii tabiin. 

   Pengulas kata, harap pembaca blog ini sudi menilai hasil karya penulisan yang dikarang oleh kami dan sebarang kekhilafan boleh ditegur dan dihantar secara private di email.

Sekian, Wassalam.